Sunday, July 21, 2013

Bubur Sum Sum


Pencuci mulut ini biasanya disediakan selepas majlis merewang kenduri kahwin orang keturunan Jawa d Johor. Biasanya selepas 2 atau 3 hari majlis perkahwinan selesai....Ia menjadi satu kemestian di kampung halaman saya dan bubur yang selalu saya tunggu sebab sedap... rasanya lemak manis.....

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan kelapa
sedikit garam
Daun pandan

Cara:

1. Satukan tepung dan garam dalm mangkuk
2. Masukkan santan dan kacau hingga larut
3. Masak adunan di atas api perlahan bersama daun pandan sehingga likat dan berkilat
4. Angkat dan sejukkan

Kuah

Bahan-bahan:

Gula melaka
Air
Daun pandan

Cara:

1. Panaskan air sehingga mendidih  bersama daun pandan
2. Masukkan gula melaka dan kacau hingga larut
3. Biarkan mendidih
4. Setelah mendidih, angkat dan tapis

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...