Cont from Part 1...
Oleh kerana percutian di Bangkok nie leisure and santai... Aktiviti hari nie bermula dari pukul 9am... Harga bilik adalah termasuk breakfast... tapi apa yang kitaorg boleh makan cuma cereal, roti dan buah. Yang lain mintak maaf ada 'kerbau pendek' or tak yakin ngan apa yg diaorg letak... Alas perut je... lunch nanti boleh makan puas-puas kat MBK....
|
To Madame Tussauds |
|
Ticket collection kaunter |
Selesai breakfast... we headed to Siam area... naik BTS walau hanya satu station je.... tinggi betul tangga BTS nie, berpeluh jugak sampai atas. Tak begitu ramai yang menggunakan BTS, kalau tak silap dari informasi dari sebuah rancangan kat Channel 707 (TLC), hanya golangan pertengahan ke atas yang menggunakan perkhidmatan BTS disebabkan harga tambang yang sedikit mahal jika dibezakan dengan tuk tuk...atau MRT.... Lokasi stesen jugak memainkan peranan.... Mungkin sebab tu tak ramai penumpang... lengang je.
Destinasi pertama adalah ke Siam Discovery untuk collect tiket untuk Madame Tussauds and Siam Ocean World. We bought combination tickets via online purchase, ada discount and sampai sana je just tunjuk copy email. Yang best hensem staff diaorg... he he he he.. sila rujuk gambar di atas.
|
Shayne Ward |
|
Doraemon |
Next... ke Siam Paragon... for Siam Ocean World... Tengok ikan-ikan dan dunia laut... Lebih kurang macam Langkawi Underwater World.... Tapi this one better from Langkawi... Enjoy the pics... Untuk lebih info about entrance and jugak apa yang ada di sana... visit link nie
http://www.siamoceanworld.co.th/.. boleh tiket secara online... Jimat kalau beli combine tiket...so combine tiket boleh dibeli di
http://www.madametussauds.com/Bangkok/en/..
Ambik peluang juga menonton short 5D film sebelum masuk Ocean World.... Tak menarik sangat.... rasa menarik lagi kat Disneyland or Universal Studio....
|
Entrance to Siam Ocean World |
Puas dah tengok ikan-ikan dan hidupan laut..... Next adalah masa untuk shopping..... We went to MBK.... ala-ala macam Sungai Wang.... Tapi besar lagi.... setiap level jual benda yang berlainan.... ada floor untuk IT and handphone and accessories dia lagi... harga murah sikit je dari kat Malaysia.... lepas convert... sikit je...(check smartphonelah...)
Shopping kat sini best sebab tak serabut and banyak pilihan... but for me tak memborong sangat... just beli souvenir sesikit....
|
Tak sah kalau tak shopping |
But sebelum operasi shopping... perut kena isi dulu.... terus naik ke medan selera dia di aras 5... ada few restaurant halal kat sini..... Best dapat makan authentic Thai cuisine.... Green curry and tom yam yang mengancam... Oleh kerana demam still tak kebah lagi, Iza just ordered nasi goreng....
|
Green Curry pilihan my brother for lunch |
|
Muay Thai at MBK every Wednesday |
Aktiviti shopping souvenir dan juga barang sendiri diteruskan.... Lama jugaklah kat sini... kalau boleh semua benda nak beli.... biasalah pompuan.... tapi bodyguard dua orang tu pun sakan bershopping... mengalahkan pompuan.... Gerak balik hotel dalam kul 8pm... sambil tu nak tengok Muay Thai sebelum balik... ada show every Wednesday night kat luar MBK.... Ramai lelaki je... Dah nama pun Muay Thai...
Cont to part 3...
No comments:
Post a Comment